http://www.facebook.com/media/set/?set=a.280780901937297.87996.100000161676987&type=3&l=195cbbe8c1

Sunday 5 August 2012

JEJAK PEMULIHAN


PENDAHULUAN

    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.

    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

DEFINISI
    Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP
Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF
 Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
   i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
   ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
   iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
   iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

No comments:

Post a Comment