http://www.facebook.com/media/set/?set=a.280780901937297.87996.100000161676987&type=3&l=195cbbe8c1

Monday 6 August 2012

Pengenalan kepada burnout

Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar.

       Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.

       Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangai cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan EMOSI…..

       Oleh itu, marilah kita sama-sama melihat perbincangan tekanan STRES yang dihadapi oleh guru, PUNCA stress di tempat kerja, BURNOUT yang dialami dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani tekanan STRES dan BURNOUT…LET’S WATCH OUT…

No comments:

Post a Comment