http://www.facebook.com/media/set/?set=a.280780901937297.87996.100000161676987&type=3&l=195cbbe8c1

Monday 6 August 2012

Senario stress 2

Tekanan emosi guru

Konsep Tekanan Emosi

Mengikut Kyriacou (2000), stress merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka stress merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
     Kadangkala apabila kita menghadapi bahaya, dengan spontannya badan kita bertindak menangani keadaan bahaya tersebut. secara tidak langsung, tindak balas stress merupakan cara badan melindungi kita. Jika bertindak dengan betul, stress membolehkan seseorang member focus dan peka terhadap situasi. Dalam keadaan kecemasan, stress boleh menyelamatkan diri seseorang dalam mempertahankan diri. Sebagai contoh, dalam situasi kecemasan, seseorang akan bertindak cepat menekan siren api untuk menyelamatkan situasi kebakaran.



ANDA SUKAR MEMAHAMI KONSEP STRES?? MARI KITA LIHAT I-THINK KONSEP STRES YANG DISEDIAKAN BAGI MENGELAKKAN DIRI ANDA DIBELENGGU STRES…

Senario stress

Alfred ialah seorang guru yang berpengalaman 2 tahun di sekolah luar Bandar telah ditukar ke sekolah baharu yang merupakan sekolah premier. Beliau dikehendaki mengajar di kelas Tahun 6 yang cemerlang. Selain menjadi guru kelas, beliau mengajarkan mata pelajaran Sains, Bahasa Malaysia dan Pendidikan Moral.
      Alfred tidak pernah mengajar di Tahap 2 sebelum ini. Di sekolah ini, beliau juga diberi beberapa tanggungjawab sebagai penyelaras projek peningkatan kecemerlangan sains, setiausaha projek khas aerobikton sekolah dan merancang semula pusat pembelajaran di taman sains. Apabila jadual diberi kepada beliau untuk melaksanakan program, beliau berasa terkejut dan mengalami tekanan emosi untuk menjalankan tanggungjawabnya selain menjalankan rutin harian mengajar. Beliau tidak tahu bagaimana hendak melaksanakan semua tugas yang diamanahkan dengan baik.

Pengenalan kepada burnout

Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar.

       Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.

       Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangai cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan EMOSI…..

       Oleh itu, marilah kita sama-sama melihat perbincangan tekanan STRES yang dihadapi oleh guru, PUNCA stress di tempat kerja, BURNOUT yang dialami dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani tekanan STRES dan BURNOUT…LET’S WATCH OUT…

Pengenalan kepada burnout

Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar.

       Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.

       Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangai cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan EMOSI…..

       Oleh itu, marilah kita sama-sama melihat perbincangan tekanan STRES yang dihadapi oleh guru, PUNCA stress di tempat kerja, BURNOUT yang dialami dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menangani tekanan STRES dan BURNOUT…LET’S WATCH OUT…

Konsep burnout

Langkah-langkah menangani burnout

Punca-punca burnout

Tanda-tanda dan simptom burnout

Suasana P&P yang perlu dielakkan

Kes-kes renungan

            Pada awal sesi 1998/1999, ramailah ibu bapa datang ke sekolah menghantar anak-anak yang baru masuk tahun satu.  Di sebuah sekolah di daerah Ampang, pada suatu pagi seorang guru perempuan membaling buku murid kerana sesuatu kesalahan, dan buku yang dibaling itu hampir terkena seorang ibu lain yang juga menghantar anak ke kelas berkenaan.  Kerana melihat sendiri peristiwa itu, ibu berkenaan terus membawa anaknya keluar dan membuat pertukaran sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah.
            Persoalannya ialah, apakah itu caranya mendidik anak yang baru masuk sekolah?  Apakah teori yang dipakai oleh guru berkenaan?  Teori Islamkah, Yahudikah atau hawa nafsu?  Apakah dengan cara demikian budak kecil itu akan jadi baik atau sebaliknya?  Apakah ini satu teori psikologi yang dipelajari di maktab dahulu?
            Dalam kes lain dalam tahun 1999 guru hilangkan buku latihan murid dan memarahi murid kerana menulis dalam buku lain dan terus merotan murid itu (tahun 2) kerana kononnya menghilangkan buku tersebut, walaupun budak itu mengatakan buku ada pada cikgu.  Selepas beberapa hari buku itu terjumpa semula di tempat guru berkenaan bersama sama dengan buku darjah lain. 
            Persoalannya:  Apakah tindakan cikgu itu betul sebagai pendidik?  Teori apa yang cikgu berkenaan ikut?  Apakah dengan cara itu murid akan sayang kepada cikgu?  Atau, selesaikah masalah itu dengan memukul murid?
            Kalau mengikut teori Islam (lihat al-Zarnuji, al-Qabisi, Ibnu Shahnun dan al-Ghazali) kesalahan murid yang boleh dipukul ialah apabila murid itu melakukan kesalahan yang salah mengikut syariat Islam, seperi mencuri, merosakkan hartabenda sekolah dan sebagainya. 
Dalam kes ini guru yang melakukan kesalahan dan guru itu yang pukul murid.  Kalau mengikut teori barat sekali pun kesalahan itu tidak boleh dipukul sebaliknya diselidiki dan dinasihat.  Tetapi inilah jenis guru yang ada dan mengajar anak-anak orang Islam hari ini. 
            Kes serupa ini berlaku juga di sekolah menengah dalam tahun 1999, di mana guru memerintakhan pelajarnya supaya menyalin semula nota yang telah ditulis di dalam buku tebal.  Pelajar tidak mahu menyalinnya kerana bukan dia yang hilangkan buku itu, sebaliknya buku itu ada pada guru.  Setelah dihukum pelajar ini, tiba-tiba buku itu terjumpa semula, ia ada dalam simpanan guru.  Apakah kena dan adil tindakan guru itu?  Adakah profesional tindakannya?
            Guru memberi kerja rumah dan tak dapat siap sebab banyak dan banyak guru lain juga memberi kerja rumah.  Apabila datang ke sekolah besoknya murid ini dipukul sebab tidak siap kerja rumah.  Bayangkan guru yang belajar psikologi tetapi tidak tahu mengamalkan psikologi.  Dan ini menyebabkan murid tidak mahu datang ke sekolah apabila kerjanya tidak siap. 
Persoalannya: Apakah tindakan guru ini kena mengikut prinsip Islam.  Jika guru mengambil tindakan tidak stabil dengan kesalahan yang dilakukan oleh murid apa pula hukumnya di sisi Allah? Inilah perkara Fardhu Ain yang patut dimengerti oleh para guru.
Satu yang lumrah bagi sekolah sekarang ialah budaya khutbah.  Apabila ada sahaja perhimpunan, maka guru/guru besar/pengetua mengambil masa yang begitu lama untuk memberi khutbah. Pelajar berdiri di tengah panas, malah ada yang pengsan (di sebuah sekolah menengah) kerana lama berdiri.
Bukankah pengetua dan guru besar telah belajar di maktab dan universiti tentang aturcara mengajar.  Mesti ada objektif dan isi.  Tetapi apabila sampai masanya tidak digunakan teori yang dipelajari.  Mengapa tidak diamalkan ilmu yang dipelajari.  Bercakaplah apa yang perlu dengan ringkas dan padat.  Tidak payahlah berkhutbah begitu lama yang menyebabkan pendengarnya bosan.
Pernah penulis berada di sekolah (rendah dan menengah) pada hari pertama persekolahan.  Empat puluh minit guru besar berucap dalam perhimpunan yang terdiri daripada murid lama, murid baru dan ibu bapa.  Kepada siap ucapan itu ditujukan?  Ibubapakah, murid lamahkah, atau murid baru?    Jika kepada murid baru, fahamkah anak-anak itu ucapan yang panjang lebar demikian?  Jika murid lama, apa yang hendak disampaikan?  Jika ibu bapa, adakah ibu bapa memberi tumpuan dalam keadaan yang bising dan hingar bangar itu?
Ini semua tidak perlu dan  buang masa.  Beri sahaja arahan kepada guru-guru dan masuk kelas.  Tahulah guru itu apa yang hendak dilakukan.  Dalam keadaan anak menangis, yang bercakap dan berbagai-bagai lagi siapakah yang mendegar khutbah?
Di awal tahun 2000, penulis hadis di majlis pendaftaran pelajar baru tingkatan satu di sebuah sekolah menengah.  Waktu pendaftaran pelajar ialah jam 8.30 pagi.  Apabila ibu bapa datang diberi dengan satu booklet mengenai peraturan sekolah.  Ini baik dan patut dipuji.  Kemudian semua dijemput masuk dalam dewan. 
Dewan tidak dapat menampung semua yang hadir. Dengan demikian ramai yaaang berdiri di luar dewan. Kemudian seorang demi seorang guru naik ke pentas memberi taklimat, sehingga jam 10.00 pagi belum mendaftar.  Ibu bapa yang berdiri di luar tidak mendengar isi ucpan, sebaliknya bercakap dan melahirkan rasa tidak setuju cara itu dan membuag masa.  Kenapa jadi begini?  Kerana tidak jelas objektif.  Dengan demikian tindakan orang profesional tidak profesional namanya.
Penulis ialah bekas seorang guru.  Jadi, dengan kejadian yang berlaku dewasa ini menyebabkan penulis merasa sedih kerana ia melibatkan profesion penulis sendiri  dan kerja ini ialah kerja yang mulia dan banyak pahala.  Jika dijalankan dengan baik, banyak pahala Allah sediakan.  Sebaliknya, jika dijalankan dengan cara yang tidak kena menyebabkan semua pahala batal, malah dalam banyak hal mengundang dosa pula, kerana kita melakukan kesalahan terhadap makhluk.
Jadi, bersempena dengan hari guru tahun ini, marilah sama-sama kita para pendidik melakukan muhasabah.  Kita lihat apa yang telah kita lakukan  selama ini sama ada ia sesuai dengan Islam atau bertentangan.  Jika ada yang sesuai, kita bersyukur.   Jika ada yang bertentangan, kita Islahkan. Jika ada teguran, kita lihat.  Jika ada kebenarannya kita ambil, jika tidak ada tinggalkan. Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.  Siapa yang mengikut Islam, ia akan berjaya dan mendapat keredaan Allah.  Siapa yang tidak ikut, ia mungkin berjaya di dunia, tetapi tiada keredaan Allah, manakala di akhirat belum tentu akan berjaya.

Isu Pendidikan

   Di antara profesion yang mulia di sisi Allah dan juga masyarakat ialah guru.  Kerana guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat.  Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi insan yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya.
            Dengan demikian,  kita haruslah berterima kasih kepada mereka, kerena jasa merekalah, maka kita hari ini pandai menulis, membaca dan mengira.  Dalam masa yang sama, kita juga patut bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memasukkan ilmu ke dalam dada kita dengan perantaraan para guru.  Ayat 3 hingga 5 surah al-`Alaq sudah cukup terang dan jalas mengenai perkara ini.
            Nabi dan rasul diutuskan oleh Allah sebagai guru untuk mengajar manusia dengan ilmu yang benar, iaitu ilmu yang Allah wahyukan kepada mereka.  Mereka mengajar ilmu tentang ketuhanan, tentang perkara yang baik dan buruk, mereka mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan yang buruk.  Mereka mengajar manusia supaya ingat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja.  Semua akan mati dan kemudian akan dihidupkan semula untuk diberi balasan terhadap perbuatan mereka semasa hidup di dunia.
            Guru-guru pun demikian juga.  Mereka mengajar manusia supaya pandai membaca dan menulis.  Mengenal Tuhan, faham maksud adanya semua benda yang dapat dilihat, faham tingkah laku yang baik dan yang buruk.  Mengajar manusia supaya mereka dapat menjalani hidup dengan kerjaya masing-masing dan mendapat keredaan Allah s.w.t.  Mengajar manusia supaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.  Melihat kepada aspek-aspek inilah dikatakan guru mewarisi tugas para nabi.
            Dewasa ini tidak semua guru dapat menjalankan tugasnya seperti   contoh yang tersenarai di atas.   Ramai guru yang tidak dapat menunjukkan akhlak yang baik kepada muridnya.  Terdapat sebahagian kecil yang tidak mampu mendidik dan menjadi contoh yang baik kepada murid atau pelajarnya supaya mesreka juga menjadi insan yang baik dan mulia mengikut perspektif Islam.
            Guru memainkan peranan yang besar dalam pendidikan ummah.  Justeru itu guru harus mempunyai sifat-sifat pemimpin yang baik.  Guru juga adalah pendidik, kaunselor, pendakwah, ikutan dan pemimpin.   Semua tugas ini dijalankan secara serentak dan memerlukan kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut.
            Oleh kerana guru tidak memiliki pengalaman dan kemahiran dalan bidang-bidang berkenaan, maka mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan sempurna.  Harus difahami bahawa setiap guru Islam bertanggungjawab dengan Allah Taala untuk mendidik muridnya menjadi insan muslim yang dapat menjalani hidupnya sebagai seoragn muslim yang sejati.
            Justeru itu, setiap guru muslim mestilah seorang yang sentiasa taat perintah Allah serta menjauhi larangannya.  Guru yang meninggalkan solat lima waktu, yang suka berjudi, menipu, tidak menutup aurat dan sebagainya, maka mereka tidaklah menjadi uswah dan qudwah (contoh & kepimpinan) yang patut diikut.  Malah mereka tidak layak menjadi guru untuk mendidik anak-anak orang Islam.
            Guru yang tidak dapat mengawal nafsu dan bertindak mengikut perasaan juga tidak layak menjadi guru, kerena dirinya tidak stabil, jadi bagaimana mungkin mereka hendak mendidik orang supaya stabil.  Kerana adanya guru yang berperibadi demikian, maka ia melahirkan pelajar yang berperibadi demikian juga.
            Kita sering melihat laporan akhbar dan mendengar berita radio dan TV tentang salah laku di kalangan pelajar sekolah menengah, dan ini sedikit sebanyak ada hubungan dengan peribadi guru.  Kita tidak dapat hendak menafikan seratus peratus walaupun kita tidak menerima seratus peratus maksud daripada pepatah Melayu lama; ”Kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari”, kerana ini ada kebenarannya.
            Dalam hal ini. pada hemat penulis, ada dua perkara yang mungkin boleh dibuat alasan.  Pertama kerana sikap dan personaliti guru itu sendiri, dan kedua kerana guru tidak dapat mendisiplinkan pelajar sebab diganggu oleh ibu bapa sebab ada ibu bapa yang suka masuk campur dalam urusan pentadbiran sekolah.
            Misalnya, apabila guru memarahi pelajar kerana sesuatu kesalahan, maka datanglah ibu bapa menyerang guru berkenaan. Ini bererti ibu bapa itu sendiri yang tidak mahu anaknya jadi baik, sebab ibu bapa itu sendiri sudah begitu sikapnya.  Jadi, kedua-dua perkara ini sama-sama menyumbang ke arah pendidikan yang tidak berkesan.  Jadi, guru harus mempunyai alternatif lain untuk mendidik anak-anak, di samping membuang sifat-sifat negatif serta peribadi yang tidak cocok dengan pendidikan Islam.  Hanya dengan ini sahajalah kita dapat memertabatkan kembali peranan guru sebagai pemimpin, pendidik, kaunselor, pendakwah dan sebagainya.

Sunday 5 August 2012

Lets sing a song

http://youtu.be/t99ULJjCsaM

Langkah-langkah Mengatasi Stress.

Simptom-simptom Stress!!

PEGENALAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN.

Definisi Pengajaran Pemulihan

Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidikan Barat dan tempatan mengenai takrifan pengajaran pemulihan sehingga kini sebahagian besar daripada negara-negara yang mengamalkan pengajaran pemulihan mempunyai definisi dan dasar yang disesuaikan dengan keadaan tempatan. Oleh sebab tidak adanya satu istilah yang sejagat dan sesuai bagi semua negara, satu cadangan pernah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar pihak UNESCO dengan kerjasama negara-negara yang berkenaan mengadakan satu istilah yang asas bagi kanak-kanak lambat yang pelbagai kategori ini.

Kini pelbagai definisi yang berbeza tentang pengajaran pemulihan diberikan, walaupun liputan dan asas definisi-definisi itu memperlihatkan banyak persamaan antara satu dengan lain. Antara definisi awal ialah definisi yang dikemukakan oleh Pringle (1966) iaitu pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar, melalui latihan yang sistematis dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

Definisi ini hampir sama dengan definisi yang diberikan oleh Albewhite (1977) yang mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau
menegaskan bahawa:
By remedial teaching is meant teaching which is based in a different
diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.

Menurut Tansley (1967) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah
seperti membaca, menulis dan mengira. mi disimpulkan oleh Collins sebagai:
Special education treatment ofchildren found to befailing in the basic
school subjects of reading, spelling and number.

Kaedah pengajaran ini istimewa bagi murid-murid tertentu sahaja. Definisi ini selari dengan pendapat Creber (1974), beliau mentakrifkan pengajaran pemulihan sama dengan pengajaran imbuhan. Menurut beliau, pemulihan kadangkala merupakan pengalaman-pengalaman yang tidak dinikmati oleh kanak-kanak yang tidak bernasib baik.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan bagi United Kingdom (1975), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pemelajaran dikalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Persatuan ini juga mengatakan
pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan dan segi pemelajaran dalam kelas khas disekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus
oleh guru pemulihan.

Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pemelajaran. Menurut beliau:
Remedial education is regarded as the kind of education required to
meet needs which are the result of learning disabilities, that is,
learning failure which cannot be explained by any reference to
inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience.

Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai“the ambulance of educational system”. Dengan sebab itu pengajaran ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.

Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pemelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak sesuai bagi murid-munid lambat. Selain definisi pendidik dan Barat, terdapatjuga definisi yang telah diubahsuaikan oleh ahli pendidik tempatan mengikut kepenluan tempatan.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling
KP (BS) 8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pemelajaran munid-munid lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-gunu pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme ofEducational Innovation for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia, pengajaran pemulihan ialah:
a process in which children with learning problems are given
practical alternatives and effective approaches (programme) in education.

Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu proses pengajaran dengan pendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid yang menghadapi masalah pemelajaran. Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), dalam konteks KBSR
Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pemelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

Koh (1979) dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun Kanak-kanak 1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal. Sharifah (1979) pula mengatakan pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.

Akhir sekali Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pemelajaran disekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan disekolah dan dapat seiring dan setarafdengan rakan mereka yang lain.

JEJAK PEMULIHAN


PENDAHULUAN

    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.

    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam.Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

DEFINISI
    Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kagagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP
Program Pendidikan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF
 Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
   i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
   ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa.
   iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
   iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

Apa Itu Konsep Stress???

Ketahuilah apa yang terjadi sekiranya anda stress...

Jenis2 stress

Silalah baca utk ketahui punca2 stress agar kita dapat mengambil langkah pencegahan yer...

Jangan stress...bahayakan kesihatan anda